Takbir Raya Aidilfitri 1444H/2023M

Takbir Raya Aidilfitri 1444H/2023M
Takbir Raya Aidilfitri 1444H/2023M
Takbir Aidilfitri bersama barisan Pengurusan Tertinggi dan warga JMG di Ibu Pejabat Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia.
Takbir nan mendayu dialun bersama,
Bersama bersyukur akan kemenangan,
Syawal kini menjelang tiba,
Salam dihulur bermaaf-maafan.
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat seluruh warga Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia serta kepada seluruh umat Islam di Malaysia.
Ikhlas daripada seluruh warga Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia 💫✨

Selamat Hari Raya Aildilfitri kepada warga kerja JMG

Selamat Hari Raya Aildilfitri kepada warga kerja JMG
Selamat Hari Raya Aildilfitri kepada warga kerja JMG dan kepada seluruh umat Islam di Malaysia. Alhamdulillah, marilah kita menzahirkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan keizinan-Nya kita dapat menyempurnakan ibadah puasa dan meraikan Aidilfitri yang mulia dalam suasana harmoni dan sejahtera.
Maaf Zahir dan Batin 🌙
Ucapan tulus ikhlas daripada:
YBrs. Encik Kamaruddan bin Abdullah
Timbalan Ketua Pengarah (Korporat dan Ekonomi Mineral)
Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia.

Selamat Hari Raya Aildilfitri kepada warga kerja JMG

Selamat Hari Raya Aildilfitri kepada warga kerja JMG
Selamat Hari Raya Aildilfitri kepada warga kerja JMG dan kepada seluruh umat Islam di Malaysia. Aidilfitri adalah hari kemenangan dan sebagai ganjaran kepada mereka yang sabar dan taat beribadah sepanjang berada di madrasah Ramadan.
Maaf Zahir dan Batin 🌙
Ucapan tulus ikhlas daripada:
YBrs. Encik Zamri bin Ramli
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)
Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia.
 

Sesi Libat Urus Pemurnian Pelan Pembangunan Geopark Negara 2021-2030

Sesi Libat Urus Pemurnian Pelan Pembangunan Geopark Negara 2021-2030
Sesi Libat Urus Pemurnian Pelan Pembangunan Geopark Negara 2021-2030 dan Pelan Pelaksanaan Geopark Negara Bil 1/2023 telah diadakan di Impiana Hotel, Ipoh dan dipengerusikan oleh En. Abdullah bin Hj. Sulaiman, Pengarah Perancangan dan Pengurusan JMG.
Sesi ini melibatkan kehadiran pelbagai pihak berkepentingan daripada peringkat persekutuan dan negeri seperti Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Taman-Taman Sabah (Sabah Parks), Perbadanan Labuan (PL), Kementerian Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Negeri Sarawak, Majlis Daerah Lenggong, JK Pelaksana Geopark, Jabatan Hutan Sarawak, Kementeian Ekonomi dan Perbadanan Taman Negeri Perak.
Sesi libat urus ini bertujuan untuk mendapatkan input-input penambahbaikan berkaitan penyediaan kedua-dua pelan tersebut dan membincangkan perkara-perkara berbangkit.

Pertandingan Deko Raya 2023 JMG

Pertandingan Deko Raya 2023 JMG

Pihak Ibu Pejabat JMG mengadakan Pertandingan Deko Raya 2023 antara kawasan kerja. Kerjasama dan semangat semua peserta amat terserlah dan telah memeriahkan lagi suasana pejabat. Terima kasih pada semua peserta!

Kemeriahan suasana pada Hari Penjurian Pertandingan Deko Raya yang dipertandingkan mengikut kawasan kerja di Ibu Pejabat JMG 🌸🌸
Rasa-rasanya kawasan kerja mana yang akan merangkul kemenangan pada tahun ini?
Jawapannya.. kita tungguuuu semasa Majlis Sambutan Aidilfitri JMG nanti 😎