Lawatan Rasmi China Nonferrous Metals (Guilin) Geology and Mining Co. Ltd dan Southern Alliance Mining Ltd

Lawatan Rasmi China Nonferrous Metals (Guilin) Geology and Mining Co. Ltd dan Southern Alliance Mining Ltd
China Nonferrous Metals (Guilin) Geology and Mining Co. Ltd dan Southern Alliance Mining Ltd telah mengadakan lawatan rasmi ke JMG baru-baru ini.
Perjumpaan ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JMG, En. Zamri bin Ramli dan telah membincangkan potensi kerjasama pembangunan sumber mineral negara antara kedua-dua pihak.

Mesyuarat Jawatan Kuasa Kumpulan Teras Geologi Kejuruteraan dan Bencana Geologi

Mesyuarat Jawatan Kuasa Kumpulan Teras Geologi Kejuruteraan dan Bencana Geologi

Mesyuarat JK Kumpulan Teras Geologi Kejuruteraan dan Bencana Geologi (GKBG) Bil 1.2023 di Hotel Concorde, Shah Alam yang dipengerusikan oleh En. Abdullah bin Sulaiman, Pengarah Perancangan dan Pengurusan JMG, pada pagi ini (7 April 2023) membincangkan hal-hal berkaitan bencana geologi dan mengkoordinasi gerak kerja dan isu pelaksanaan aktiviti kumpulan teras ini bagi Tahun 2023.