Projek ini adalah langkah proaktif Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) sebagai tindakan kesiapsiagaan dalam menghadapi bencana geologi tanah runtuh dengan pemasangan EWS di 34 kawasan hotspot tanah runtuh di seluruh negara iaitu di Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah & Sarawak, berada dalam tahap bahaya yang tinggi serta kawasan elemen berisiko.
Langkah ini juga bagi menghadapi fenomena hujan lebat berterusan yang melanda negara semasa Monsun Timur Laut (MTL), boleh mengakibatkan potensi berlakunya ancaman tanah runtuh di kawasan berbukit tinggi, penempatan dan laluan bercerun khususnya di mana sistem perparitan tidak diselenggara dengan baik.