SESI PERKONGSIAN TEKNOLOGI: NATIONAL GOVERNMENT BOOTCAMP 2024

Pihak Esri Malaysia Sdn. Bhd. telah mengadakan sesi perkongsian teknologi: National Government Bootcamp 2024 pada 27 Ogos 2024 bertempat di Dash Box Hotel, Cyberjaya, Selangor.
 
Tujuan utama sesi ini adalah untuk perkongsian pengalaman dan teknologi oleh pihak ESRI dan agensi-agensi Kerajaan yang lain dalam memanfaatkan teknologi geospatial di dalam pengurusan data dan operasi harian.
 
Pembentangan berkenaan dengan MyGEMS telah diadakan oleh Dr P. Geol. Mohamad bin Abd Manap, Timbalan Pengarah Cawangan Pengurusan Maklumat, Ibu Pejabat JMG

Sesi Kajian Keperluan Pengguna (User Requirements Study) bagi Projek Kerja Baik Pulih di Luar Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud, Kenyir, Terengganu

Sesi Kajian Keperluan Pengguna (User Requirements Study) bagi Projek Kerja Baik Pulih di Luar Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud, Kenyir, Terengganu dipengerusikan YBhg. Datuk Ketua Pengarah JMG Malaysia telah diadakan dengan jayanya di Raia Hotel & Convention Center Terengganu pada 22 Ogos 2024 diurusetiakan Bina Pragmatik Sdn Bhd. Terima kasih di atas segala input/maklumbalas yang konstruktif yang diterima daripada peserta URS kali ini.
 
MESYUARAT PEMURNIAN DATA SISTEM MAKLUMAT GEOSPATIAL MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA (MINGEOGIS @ MYGEMS) - KLUSTER LOMBONG KUARI

SEREMBAN, 22 Ogos - Satu Mesyuarat Pemurnian Data Sistem Maklumat Geospatial Mineral dan Geosains Malaysia (MINGEOGIS @ MyGEMS) - kluster lombong kuari telah diadakan di Hotel Palm Seremban pada 20-22 ogos 2024. Mesyuarat ini bertujuan untuk memperkemas dan menyemak data geospatial Lombong dan Kuari di dalam Sistem MyGEMS. Kakitangan JMG dari Unit Lombong dan Kuari dari seluruh Malaysia telah hadir ke mesyuarat ini.

Perjanjian dengan Spatialworks Sdn. Bhd. bagi Perkhidmatan Survei Persampelan Sedimen dan Kajian Alam Sekitar Projek Kajian Sumber Pasir Laut Negara Fasa 3B di Perairan Lepas Pantai Kelantan dan Terengganu

Pada hari ini JMG telah menandatangani dokumen perjanjian dengan Spatialworks Sdn. Bhd. bagi Perkhidmatan Survei Persampelan Sedimen dan Kajian Alam Sekitar Projek Kajian Sumber Pasir Laut Negara Fasa 3B di Perairan Lepas Pantai Kelantan dan Terengganu
📍Ibu Pejabat JMG
⏰ 19 Ogos 2024
Semoga usahasama begini akan melengkapkan lagi data sumber pasir laut negara bagi pembangunan akan datang. Projek ini juga mencakupi kajian kepada alam sekitar di samping persampelan sedimen dasar laut.

BENGKEL PELAN STRATEGIK SISTEM MAKLUMAT GEOSPATIAL MINERAL DAN GEOSAINS JMG (MyGEMS) FASA 2

Bengkel telah jayanya diadakan bermula pada 15 hingga 16 Ogos 2024 bertempat di Double Tree Hotel Melaka.
Aktiviti tersebut diadakan bertujuan untuk membincang dan menghasilkan deraf bagi pemerkasaan Sistem Maklumat Geospatial Mineral dan Geosains Fasa 2 RMKe-13.