Majlis Perasmian Plot Tanaman Pemulihan Tanah Bekas Lombong Di Stesen Ujian Galian (SUGA), PPM-JMG dan Perjanjian Persefahaman (MoU) di antara FRIM dan JMG di SUGA

Majlis Perasmian Plot Tanaman Pemulihan Tanah Bekas Lombong Di Stesen Ujian Galian (SUGA), PPM-JMG dan Perjanjian Persefahaman (MoU) di antara FRIM dan JMG di SUGA
Ketua Cawangan Teknologi Pemprosesan Mineral (CTPM), Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (PPM-JMG), Dr. Ismail bin Ibrahim bersama Pengarah Bahagian Bioteknologi Perhutanan, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dr Mohd Zaki bin Hj Abdullah telah menanam pokok Dipterocarpus oblongifolius atau Keruing Neram dan pokok Kapor Borneo atau Dryobaianops rappa.
 
Ini adalah sebagai simbolik bagi Majlis Perasmian Plot Tanaman Pemulihan Tanah Bekas Lombong Di Stesen Ujian Galian (SUGA), PPM-JMG dan Perjanjian Persefahaman (MoU) di antara FRIM dan JMG di SUGA pada hari Rabu, 25 Mei 2022.
 
Sebanyak 256 pokok telah ditanam pada hari ini.

Lawatan ke lombong di sekitar Tanah Merah & Gua Musang Kelantan

Lawatan ke lombong di sekitar Tanah Merah & Gua Musang Kelantan
Lawatan ke lombong di sekitar Tanah Merah & Gua Musang Kelantan.
 
Pada 15-20 Mei 2022, Cawangan Teknologi Perlombongan dan Pengkuarian telah melakukan lawatan ke lombong sekitar Tanah Merah dan Gua Musang Kelantan.
 
Lawatan ini bertujuan bagi pengambilan sampel efluen di lombong bagi tujuan penyelidikan rawatan air Acid Mine Drainage (AMD).
Lawatan ini disertai juga oleh pegawai dari JMG Kelantan yang membawa pelajar Latihan Industri (LI) dari Universiti Malaysia Kelantan bagi memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan pensampelan air efluen di lombong.

Pingat emas dalam Pertandingan Malaysia Invention and Innovation Expo 2022 (MIIX 2022).

Pingat emas dalam Pertandingan Malaysia Invention and Innovation Expo 2022 (MIIX 2022).
Sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan penyelidik dari Cawangan Teknologi Bahan Batuan (CTBB) yang berjaya merangkul pingat emas dalam pertandingan Malaysia Invention and Innovation Expo 2022 (MIIX 2022).
 
Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Laman Teknologi Sdn Bhd & RR Texnology Solutions.
 
Projek ini yang bertajuk "Let's Simply Upgrade Industrial Waste Into Marketable White Filler" turut meraih 2 special awards iaitu *Top 5 Award* dan *Most Innovative Product*.

PROGRAM MEMASAK BUBUR LAMBUK SEMPENA RAMADAN ANJURAN KSKPPM

PROGRAM MEMASAK BUBUR LAMBUK SEMPENA RAMADAN ANJURAN KSKPPM

IPOH, 22 APRIL 2022- Yang Di-Pertua KSKPPM, En Hamdan bin Yahya telah merasmikan program ”PROGRAM MEMASAK BUBUR LAMBUK SEMPENA RAMADAN ANJURAN KSKPPM” anjuran Biro HAWA-KSKPPM dengan bantuan Biro Sukan dan Kebajikan Kelab Sukan dan Kebajikan Pusat Penyelidikan Mineral (KSKPPM) di Pusat Penyelidikan Mineral. Seramai 20 orang kakitangan PPM dan ahli kelab yang telah bersama-sama dalam penyediaan bubur lambuk ini.

Agihan bubur lambuk telah diedarkan kepada semua warga PPM.

Program 'Jom Baca 10 Minit' Tahun 2022

Program 'Jom Baca 10 Minit' Tahun 2022
Program Jom Baca Bersama untuk 10 Minit bagi tahun 2022 termasuk dalam Program Galakan Membaca yang diwar-warkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Ia adalah salah satu aktiviti utama Perpustakan Negara Malaysia (PNM). Program ini bertujuan membentuk sikap membaca di kalangan rakyat Malaysia terutama kakitangan Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) dan juga menggalakkan kakitangan PPM untuk mengunjungi Perpustakaan PPM.
 
Program Jom Baca 10 Minit telah diadakan pada 21 April 2022 bermula jam 11.00 pagi sehingga 11.10 pagi.
 
Program yang bertemakan “Bangkit, Baca dan Bersyukur”' ini telah dilaksanakan secara serentak di seluruh negara. 
 
Pengarah Kanan Pusat Penyelidikan Mineral (PPM), Dr. Nazwin Binti Ahmad telah merasmikan Program Jom Baca 10 Minit Tahun 2022 pada Khamis, 21 April 2022.
 
Program yang dianjurkan oleh Perpustakaan Pusat Penyedildikan Mineral telah mendapat sambutan dari semua warga PPM sendiri dan telah dijalankan secara bersemuka dan juga secara maya.
 
Diharapkan dengan penglibatan seluruh warga PPM dalam program ini dapat memupuk dan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan amalan budaya membaca dalam pembentukan masyarakat yang maju dan berilmu.