Johor Bahru, 2 Ogos 2017 - YBhg Tuan Haji Shahar Effendi bin Abdullah Azizi, Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia telah mengadakan kunjung hormat mengadap DYMM Sultan Johor.
Turut serta dalam kunjung hormat ini ialah pegawai-pegawai JMG Johor iaitu En Mohd Sari Hassan (Timbalan Pengarah), En Noorazhar Ngatimin (KUGS) dan En Mohamed Hizam Abd Kadir (KULK).
Disamping memaklumkan akan kekosongan jawatan Pengarah JMG Johor serta cadangan penggantian, turut dibincangkan ialah cadangan Geopark Mersing, isu pencerobohan hutan, dan perlombongan bijih besi serta emas.
Pihak JMG turut menyampaikan cenderamata berupa labu sayong yang dibuat daripada silika di Makmal R&D Pusat Penyelidikan Mineral JMG dan ‘coffee table’ serta laporan tahunan Jabatan kepada DYMM Tuanku.
http://blog.jmg.gov.my/integriti/kunjung-hormat-ketua-pengarah-jmg-malaysia-mengadap-dymm-sultan-johor#sigProIda71fb28f02