Johor Bahru, 11 Disember 2017 - JMG Johor telah menerima kunjungan dari KEJORA iaitu Pn Hjh Sumini Mohd Lahir (Pengurus Pelancongan) dan En. Shahrul Shafique bin Hamidon (Penolong Pengurus Pelancongan).
Program singkat tetapi amat bermakna kepada kedua-dua agensi. Kunjungan KEJORA ini khusus bagi membincangkan hala tuju dan langkah ke hadapan bagi merealisasikan Tanjung Balau sebagai Tapak Warisan Geologi Kebangsaan yang telah tertangguh sejak 2012 yang lalu. Tanjung Balau telah dikenalpasti sebagai makmal lapangan terbaik bagi bidang geologi struktur.
Antara yang awal perlu dilakukan ialah mengumpul dan mendokumenkan kembali segala yang telah dilakukan sepanjang tempoh 2012 hingga kini. Beberapa masalah dan kekangan telah berjaya dikenalpasti dan semakan khususnya kawasan cadangan bagi tujuan pewartaan perlu dilakukan. Kerja-kerja pemeliharaan perlu terus dilakukan dan papan-papan tanda berkenaan singkapan batuan perlu dibuat. Satu program sama ada seminar atau bengkel berkenaan perkara ini telah dirancang oleh pihak KEJORA yang dijangka akan diadakan pada Februari 2018.
KEJORA dan JMG Johor akan bekerjasama dalam merealisasikan agenda mewartakan Tanjung Balau sebagai Tapak Warisan Geologi Kebangsaan.
http://blog.jmg.gov.my/integriti/kunjungan-kejora-ke-jmg-johor#sigProIdad63793024