KOTA KINABALU, SABAH (03 FEBRUARI 2020): ISNIN, Unit Sumber Mineral JMG Sabah telah mengadakan satu mesyuarat pada hari ini 3 Februari 2020 di Bilik Mesyuarat Nephrite, Tingkat 1, Blok Kinabalu, JMG Sabah.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh En. Webster Wong Vui Chung selaku Ketua Unit Sumber Mineral. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan sokongan Unit Sumber Mineral, JMG Sabah.
Tujuan mesyuarat ini adalah bagi membincangkan perjalanan aktiviti yang terdapat di Unit Sumber Mineral dan merangka beberapa projek yang akan dijalankan. Selain itu juga membincangkan tentang penulisan laporan, aktiviti kerja luar, jadual kerja luar dan penyusunan semula stor Sumber Mineral.
Mesyuarat ini bermula dari pukul 2.00 petang dan berakhir pada pukul 4.30 petang.
Sumber maklumat dan foto : En. Patrick Gindol
http://blog.jmg.gov.my/integriti/mesyuarat-unit-sumber-mineral-bil-1-2020#sigProIdce3720d43e