KOTA BELUD, SABAH (27 Februari 2018) : Selasa, 8.00 pagi
Majlis Perasmian Telaga Tiub Kg. Dudar yang dianjurkan oleh JMG Sabah dan dengan usahasama Pejabat Daerah Kota Belud telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Hj. Musbah bin Hj. Jamli Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah merangkap ADUN N6 Tempasuk. Majlis yang turut dihadiri kiri-kira 500 orang penduduk kampung juga disertai oleh Penolong Pegawai Daerah, Agensi-agensi Kerajaan Persekutuan/Negeri dan Badan-badan berkanun.
Majlis yang bermula seawal 8.00 pagi dimulakan dengan sesi taklimat berkaitan Air Tanah telah disampaikan oleh Encik Jaineh Lingi (Pegawai Geosains C44-Ketua Aktiviti Hidrogeologi). Taklimat seterusnya berkaitan Kesedaran Awam Bencana Geologi disampaikan oleh En. Morius Bantas (Pegawai Geosains, C48) dan Akhir sekali taklimat Warisan Geologi, disampaikan oleh En. Paulius Godwin ( Pegawai Geosains C52, Ketua Unit Geosains) Taklimat turut diselitkan dengan sesi dialog/soaljawab antara penduduk kampung dan Pegawai-pegawai JMG Sabah Taklimat ini juga turut disertai oleh Pengarah JMG Sabah.
10.30 pagi, Majlis diteruskan dengan ketibaan Yang Berhormat Datuk Hj. Musbah bin Hj. Jamli Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah merangkap ADUN N6 Tempasuk. Majlis dimulai dengan lagu kebangsaan, bacaan doa oleh En. Jolouis bin Supilin (Pem. Geosains Kanan C26). Seterusnya ucapan Pengarah JMG Sabah, En. Mohd Yusop bin Ramli. Acara diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Yang Berhormat Datuk Hj. Musbah bin Hj. Jamli
Majlis disusuli dengan acara kemuncak, iaitu acara memotong riben dan menandatangani Plak Perasmian Telaga Tiub dengan diiringi oleh tuan Pengarah JMG Sabah dan dif-dif jemputan. Seusai menandatangani plak perasmian, Yang Berhormat telah diberikan taklimat ringkas oleh En. Jaineh Lingi, Pegawai Geosains C44/Ketua Aktiviti Hidrogeologi. En. Jaineh seterusnya mempelawa YB Datuk mengunjungi Mini Pameran JMG Sabah. Acara diakhiri dengan penyampaian cenderamata yang disampaikan oleh Pengarah JMG Sabah kepada Y.B Menteri.
Majlis selesai pada jam 12.30 tengahari.
http://blog.jmg.gov.my/integriti/perasmian-telaga-tiub-kg-dudar,-kota-belud#sigProIdedfcab25c9