Kota Tinggi - Mersing, 5 Februari 2018 - Satu tinjauan lapangan sebagai persediaan sebelum penganjuran Malaysia-Thailand Border Joint Geological Survey Working Group Meeting No. 1/2018 telah dijalankan tempoh hari. Tinjauan selama 3 hari ini telah disertai oleh beberapa ahli mesyuarat termasuklah En. Mat Niza, En. Mohammad Hussein, En. Mohammad Sari dan En. Hamid. Turut serta adalah beberapa pegawai dan pembantu pegawai dari JMG Johor.
Lokasi tinjauan ini melibatkan pesisiran pantai di bahagian timur Negeri Johor bermula dari Batu Layar dan Tanjung Balau di Kota Tinggi. Lokasi seterusnya tertumpu di sekitar Mersing iaitu di Tanjung Kempit, Tanjung Penyabong, Tanjung Mawar dan Batu Chawang. Turut dilawati adalah Muzium Nelayan Tanjung Balau yang turut menempatkan Galeri Geologi dan Muzium Mersing.
Sumbangan artikel : Cik Nur Syahidatul Zubaida bt. Abdillah
http://blog.jmg.gov.my/integriti/tinjauan-lapangan#sigProIdca71f7a250