IQM CONFERENCE AND EXHIBITION 2023 (IQM CONEX 2023)

IQM CONFERENCE AND EXHIBITION 2023 (IQM CONEX 2023)
PUTRAJAYA, 24 - 25 Oktober - Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (PPM-JMG) telah menyertai pameran sempena IQM CONEX 2023 yang berlangsung pada 24 - 25 Oktober 2023 bertempat di Hotel Marriot, Putrajaya.
Dua orang pegawai penyelidik dari Cawangan Teknologi Perlombongan dan Pengkuarian (CTPP) PPM turut membentangkan kertas kerja di persidangan ini.
Kertas kerja bertajuk
Malaysia Quarry Particulate Pollution and Artificial Intelligence Apps (MyQPPI) telah dibentangkan oleh En. Muhammad Hazim bin Yaacob manakala kertas kerja bertajuk Wind Analysis System for Quarry Blasting Apps (MyWiBAS V1. 0) telah dibentangkan oleh Cik Fatihah binti Azmi.
Sebagai rekod, IQM CONEX 2023 dengan tema Quarry Excellence: Environmental Social Governance and Industry 5.0 (QEX 5.0) telah dianjurkan oleh Institute of Quarrying Malaysia (IQM) dengan sokongan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG).
Persidangan ini telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Kamaruddan Bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia mewakili YBhg. Datuk Ketua Pengarah JMG pada 24 Oktober 2023.