Satu sesi menandatangani perjanjian antara JMG dengan pihak Geo Strata Sdn. Bhd. telah diadakan pada 6 Jun 2018 bertempat di Ibu Pejabat JMG. Perjanjian ini adalah bagi melaksanakan "Projek Penghasilan Peta Bahaya Cerun dan Peta Risiko Cerun (PBRC) Negara Fasa 2 di Cameron Highland, Pahang". Pihak Geo Strata Sd. Bhd. diwakili En. Azmawi Mazran dan En. Mohd. Fadlee Baba.
Melalui projek ini, pihak JMG dapat membuat pengkelasan terain dan cerun kritikal di lapangan dan dapat mengenalpasti zon berisiko tinggi. Susulan itu membolehkan JMG membantu dalam program pemulihan dan mitigasi serta membantu program kesedaran awam bagi mengurangkan risiko geobencana tanah runtuh.