Johor Bahru, 16 Oktober 2024 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 10/2024 JMG Johor telah diadakan di bilik Mesyuarat Kuarza Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru. Majlis telah dipengerusikan oleh Encik Md Aris bin Md Esa diikuti dengan bacaan doa oleh Encik Masni bin Ismail dan bacaan ikrar oleh Puan Magdaline Enut AK January Enju. Perutusan pengarah telah disampaikan oleh Pengarah JMG Johor, YBrs. Tn Haji Noorazhar bin Ngatimin.
Majlis diteruskan dengan taklimat berkenaan 'SSPA' secara online yang disampaikan oleh pihak Ibu Pejabat JMG Malaysia.
Sumbangan artikel : Asrul Sani bin Abdullah