Parit Sulong, 27 Oktober 2024 – Baru-baru ini, satu Program Promosi Pembangunan Geotapak Permatang Sinklin Parit Sulong telah diadakan di Dewan Dewan Serbaguna Sri Sulong, Batu Pahat, Johor. Majlis telah dihadiri oleh Pengarah JMG Johor YBrs. Tuan Haji Noorazhar b. Ngatimin dan dirasmikan oleh Puan Puteri binti Ab Rahaman, Ketua Penolong Pegawai Daerah, wakil rasmi Pegawai Daerah Batu Pahat.
Penganjuran program ini bertujuan untuk memberi pendedahan sekali gus mempromosikan Geotapak Permatang Sinklin Parit Sulong (PSPS) sebagai produk geopelancongan kepada komuniti yang berada di sekitar kawasan geotapak. Pembentangan tiga georintis Geotapak Permatang Sinklin Parit Sulong iaitu Georintis Bukit Payung, Georintis Bukit Botak dan Bukit Berdiri serta Georintis Bukit Kalong oleh Dr Rapidah Mat Stafa, wakil perunding Geopark & Geotourism Creative Solution SDN BHD (GGCS).
Majlis turut dihadiri wakil Jabatan Negeri dan Persekutuan, Wakil Ketua Kampung dan Komuniti,Guru dan Pelajar Sekolah Sekitar Parit Sulong dan Batu Pahat, ahli2 Persatuan Malim Gunung Perhutanan Johor, Geoguide dan NGO.
Sumbangan artikel : FB jmgjohor