Johor Bahru, 16 Februari 2015 – Satu perbincangan antara Jabatan Warisan Negara (JWN) dan JMG Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Bauksit, JMG Johor. Tuan Haji Zakaria bin Hussain, Pengarah JMG Johor mengalu-alukan kehadiran Pengarah Bahagian Daftar Warisan JWN iaitu Encik Khalid bin Syed Ali.
Perbincangan ini adalah lanjutan daripada cadangan JMG Johor ke pihak KEJORA untuk menetapkan beberapa tapak geologi iaitu Tanjung Balau (merangkumi Tanjung Lompat, Tanjung Siang) dan Tanjung Batu Layar sebagai cadangan tapak warisan kebangsaan. JWN telah menerima permohonan pencalonan daripada pihak KEJORA untuk mewartakan tapak geologi tersebut sebagai tapak Warisan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005.