Laporan Aktiviti Bergambar JMG 2021
Laporan Aktiviti Bergambar JMG 2021 memaparkan foto-foto aktiviti beserta tarikh dan keterangan secara ringkas.
boleh dimuat turun di : https://www.jmg.gov.my/component/rsfiles/download-file/files?path=penerbitan%252Flaporan-aktiviti-bergambar%252F2021%2BPhotobook%2BAktiviti%2BJabatan%2BMineral%2BDan%2BGeosains%2BMalaysia%2B2021.pdf&Itemid=437
Mesyuarat Core Group Geologi Kejuruteraan dan Bencana Geologi Bil 1.2020
Unit Perancangan Geosains JMG Ibupejabat dengan kerjasama Bahagian Perkhidmatan Teknikal JMG telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa (JK) Teknikal Core Group Geologi Kejuruteraan dan Bencana Geologi Bil 1/2020 yang dijalankan secara hybrid (fizikal dan atas talian) dipengerusikan oleh Pengarah Perancangan dan Pengurusan JMG dari 14 – 15 Julai 2020 bertempat di JMG Perak Ipoh.
Mesyuarat Kumpulan Kerja Pemetaan Bahaya dan Risiko Cerun (PBRC)
Mesyuarat Kumpulan Kerja Pemetaan Bahaya dan Risiko Cerun (PBRC) telah diadakan pada 24 Mei 2019 bertempat di Bilik Garnet, JMG Ibupejabat. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBhg Datuk KP JMG dan dihadiri oleh ahli kumpulan daripada 18 jabatan/agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, institusi dan pakar yang terlibat dalam pengurusan cerun.
Mesyuarat Pengurusan Maklumat (MPM) 2019
KUCHING, SARAWAK - Mesyuarat Pengurusan Maklumat (MPM) 2019 telah diadakan pada 11 hingga 15 Februari 2019 bertempat di Hotel Merdeka Palace, Kuching, Sarawak. Mesyuarat utama berkaitan dengan teknologi maklumat ini menghimpunkan Ketua-Ketua Unit Pengurusan Maklumat seluruh JMG dan menjadi medan perbincangan bagi memperkasakan bidang ICT di JMG.