Pengurusan Tertinggi Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1439H kepada semua para pegawai dan kakitangan JMG seluruh negara. Maaf zahir dan batin.
Disaster Risk Management (DRM) Certified Professional Training (CPT) Program - Geohazard Information for Disaster Risk Assessment
Seramai 16 orang pegawai daripada JMG telah menghadiri Disaster Risk Management (DRM) Certified Professional Training (CPT) Program - Geohazard Information for Disaster Risk Assessment yang berlangsung pada 4-6 Jun 2018 bertempat di Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur.
Program latihan ini telah dianjurkan dengan usahasama antara Disaster Preparedness and Prevention Center (DPPC), MJIIT UTM Kuala Lumpur Malaysia & National Research Institute for Earth Sciences and Resilience (NIED) Tsukuba Japan.
Sesi menandatangani perjanjian antara JMG dengan pihak Geo Strata Sdn. Bhd.
Satu sesi menandatangani perjanjian antara JMG dengan pihak Geo Strata Sdn. Bhd. telah diadakan pada 6 Jun 2018 bertempat di Ibu Pejabat JMG. Perjanjian ini adalah bagi melaksanakan "Projek Penghasilan Peta Bahaya Cerun dan Peta Risiko Cerun (PBRC) Negara Fasa 2 di Cameron Highland, Pahang". Pihak Geo Strata Sd. Bhd. diwakili En. Azmawi Mazran dan En. Mohd. Fadlee Baba.
Melalui projek ini, pihak JMG dapat membuat pengkelasan terain dan cerun kritikal di lapangan dan dapat mengenalpasti zon berisiko tinggi. Susulan itu membolehkan JMG membantu dalam program pemulihan dan mitigasi serta membantu program kesedaran awam bagi mengurangkan risiko geobencana tanah runtuh.
Kunjungan hormat JMG kepada YAB Ahmad Faizal bin Dato Azumu, Menteri Besar Perak
TAKLIMAT PELETUPAN BAWAH TANAH DAN TEROWONG
BATU ARANG, 22 Mei 2018 - Taklimat Peletupan Bawah Tanah Dan Terowong Bil. 2/2018 telah dianjurkan oleh Tenaga Kimia Sdn. Bhd. dengan kerjasama JMG Malaysia. Turut hadir adalah Ketua Pengarah JMG Malaysia iaitu Datuk Shahar Effendi Bin Abdullah Azizi, Pengarah JMG Perak iaitu Dato' Ahmad Zukni Bin Ahmad Khalil, PT Persenjataan (Operasi) Bukit Aman iaitu DSP Nor Hamizat Bin Ngadimin, pegawai - pegawai dari Unit Lombong & Kuari serta pegawai-pegawai PDRM Bukit Aman.