Perbincagan tersebut telah diadakan di Ibu Pejabat JMG pada 1 Mac 2018 antara pihak Merc Resources Sd. Bhd. dan pihak PPM. Turut sama ialah Dato Sri Amim Abdul Wahab, Penasihat FRIM Inc. yang dijemput khas oleh KP JMG.
Majlis Pecah Tanah Projek Rancangan Tebatan Banjir Bandar Pekan Fasa II (PARCEL 2)
Datuk Ketua Pengarah telah menghadiri Majlis Pecah Tanah Projek Rancangan Tebatan Banjir Bandar Pekan Fasa II (PARCEL 2) pada 25 Februari 2018 bertempat di Tapak Projek RTB, Kg.Pulau Keladi, Pekan Pahang. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia.
Mesyuarat Ketua Unit Lombong dan Kuari JMG
Mesyuarat Penyelarasan Pembangunan Daerah Bagan Datuk
Mesyuarat Penyelarasan Pembangunan Daerah Bagan Datuk yang dipengerusikan oleh Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, YAB Timbalan Perdana Menteri di Wisma UMNO Bahagian Bagan Datuk pada 27 Februari 2018.KP JMG telah membuat pembentangan mengenai Projek Pembangunan Air Bawah Tanah di Bagan Datuk. YAB TPM menyambut baik projek perintis air bawah tanah di Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk (SABDA) sepertimana pembentangan.
Majlis Penyampaian Watikah Kenaikan Pangkat dan Pemangkuan oleh YB Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
Majlis Penyampaian Surat Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat oleh YB Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar telah jayanya diadakan pada 22 Februari 2018 bertempat di Dewan Baiduri, Wisma Sumber Asli, NRE, Putrajaya.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah YB Datuk Dr. Haji Hamim Bin Samuri, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dan YBhg Dato' Sri Azizan Bin Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sektiar.