Majlis Perpisahan Pengarah JMG Johor, Tuan Haji Shahar Effendi bin Abdullah Azizi

Majlis Perpisahan Pengarah JMG Johor, Tuan Haji Shahar Effendi bin Abdullah Azizi

Johor Bahru, 17 Mac 2014 – Satu majlis perpisahan telah diadakan khusus untuk Tuan Haji Shahar Effendi bin Abdullah Azizi yang akan berpindah. Beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Pusat Penyelidikan Mineral (JUSA C) di Ipoh, Perak.

Seluruh warga JMG Johor merakamkan ucapan terima kasih atas segala jasa, pengorbanan dan khidmat bakti beliau yang telah melonjakkan nama baik JMG Johor. Semoga jasa bakti dan segala budi yang dicurahkan selama ini akan kekal terpahat dalam lipatan sejarah dan mendapat ganjaran pahala yang sebaiknya.

Written by : liyana