Mesyuarat Penyediaan Pelan Pengurusan Bencana Geologi Negara (PBGN) Bil. 2/2023

Mesyuarat Penyediaan Pelan Pengurusan Bencana Geologi Negara (PBGN) Bil. 2/2023
Sesi sumbang saran ini dihadiri oleh wakil-wakil Ahli Kumpulan Teras Geologi Kejuruteraan dan Bencana Geologi (GKBG) JMG serta panel penasihat yang terdiri dari Pengarah JMG Selangor/W.Persekutuan, Pengarah JMG Sabah dan Timbalan Pengarah, Unit Perancangan Geosains JMG.
 
Tujuan sesi ini adalah merangka Pelan PBGN yang akan menjadi panduan dan rujukan utama dalam pelaksanaan Pusat Bencana Geologi Negara yang dijadualkan beroperasi pada akhir tahun ini.

Written by : azrul_aziz@jmg.gov.my