NAZIRAN PENGURUSAN KEWANGAN DAN ASET OLEH PASUKAN NAZIRAN JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA KE JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA, NEGERI JOHOR

NAZIRAN PENGURUSAN KEWANGAN DAN ASET OLEH PASUKAN NAZIRAN JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA KE JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA, NEGERI JOHOR

JOHOR BAHRU, 27 Februari 2019 - Selamat datang diucapkan kepada pasukan Naziran Pengurusan Kewangan dan Aset dari Ibu pejabat Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia dengan kehadiran lima (5) orang petugas yang diketuai oleh En Nizarul Ikram bin Abdul Rahim dan telah disambut oleh Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor, Tn Hj Mohamad Hussein bin Jamaluddin.

 Kunjungan pasukan naziran JMG Malaysia ini adalah sebagai usaha untuk membantu JMG negeri meningkatkan kualiti tadbir urus pengurusan kewangan dan aset selain menyemak segala tindakan yang diambil ke atas teguran berkaitan pengurusan kewangan daripada pasukan audit kementerian.

 Majlis penutupan naziran telah dilaksanakan pada 28 Februari 2018 bagi membentangkan hasil pertemuan dan cadangan pembaikan bagi memastikan urus tadbir JMG Negeri berjalan lancar.

 Senarai Petugas:

1. En Nazirul Ikram bin Abdul Rahim
2. Pn Noorzehanni bin Taib
3. Pn Nailah @ Nazirah bt Abdullah
4. En Azharudin bin Kasiran
5. En Nishara bt Husin

Sumbangan artikel : Mohd Fairee bin Omar

 

Written by : nurin