Pengurniaan Darjah Setia Mahkota Johor (SMJ) kepada Pengarah JMG Johor oleh DYMM Sultan Johor

Muar, 23 November 2013 - Sempena Menyambut Ulangtahun Keputeraan DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar ke-55, Pengarah JMG Johor Tuan Haji Shahar Effendi bin Abdullah Azizi telah dikurniakan oleh  DYMM Baginda Tuanku dengan Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Ketiga Setia Mahkota Johor (S.M.J) di dalam  Istiadat penganugerahan darjah kebesaran dan pingat yang telah diadakan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Muar, Johor.

Written by : liyana