Taklimat Dan Pameran Hidrogeologi Di Kem Pemimpin Muda Prihatin Air Peringkat Kebangsaan (Zon Selatan) 2014

pameran 790x770

Pekan Nenas, 23 April 2014 – Pihak JMG Johor telah dijemput untuk menjadi fasilitator dalam Kem Pemimpin Muda Prihatin Air Peringkat Kebangsaan (Zon Selatan) 2014 yang dianjurkan oleh Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan UNESCO-IHP Malaysia. Kem ini telah diadakan di Kem Kaizen Gunung Pulai, Johor.

Slot JMG telah dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu taklimat dan pameran berkenaan Hidrogeologi. Peserta program diberi taklimat berkenaan Hidrogeologi dan dibawa ke bahagian pameran untuk melihat poster berkenaan hidrogeologi dan bahan-bahan pameran.

Kem ini melibatkan pelajar-pelajar daripada sekolah menengah tingkatan 4 dari empat (4) buah negeri iaitu Negeri Johor (40 orang), Melaka (20 orang) serta pelajar Universiti Tenaga Nasional (40 orang).

Written by : liyana