JMGKPP bantu pelihara tapak geowarisan negeri Kedah

jmgkpp akhbar cina

Temubual bersama Pengarah JMGKPP, Tuan Haji Zainol bin Husin oleh wartawan akhbar Oriental Daily telah dimuatkan dalam akhbar berbahasa Cina berkenaan bertarikh 20 Januari 2015.

Dalam temubual tersebut, Tuan Haji Zainol telah menceritakan serba sedikit berkaitan 14 buah tapak geowarisan terpelihara di negeri Kedah yang dikenal pasti boleh menjadi tarikan pelancongan di negeri itu.

Antaranya ialah Gunung Jerai dan debu gunung berapi di Padang Sanai, Daerah Padang Terap selain singkapan batuan rijang di Bukit Larek, Daerah Pokok Sena yang telah dirasmikan oleh Exco Negeri Kedah tahun lalu.

Turut diperkenalkan ialah sira air panas dan gua batu kapur dalam Hutan Simpan Kekal Ulu Muda, dalam Daerah Sik.

Pada akhir temubual, Tuan Haji Zainol mengalu-alukan penglibatan penyelidik dan para pelajar yang ingin mendalami bidang geowarisan di negeri Kedah dengan lebih mendalam ke negeri ini, khususnya daripada universiti-universiti tempatan antaranya Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Written by : afif