Perlawanan Boling JMGKPP Pertaut Silaturahim Antara Kakitangan

boling01

ALOR SETAR, 21 Januari 2015 - Kelab Kebajikan Kakitangan JMGKPP (K-Geo) memulakan tahun 2015 dengan menganjurkan perlawanan boling antara kakitangan jabatan.

Perlawanan yang diadakan di Star Parade, Alor Setar itu menghimpunkan hampir kesemua kakitangan jabatan dan ahli keluarga masing-masing.

boling02

Lontaran mula dibuat oleh Timbalan Pengarah Lombong dan Kuari, Encik Juna Azleen bin Abdul Ghani tepat jam 3.30 petang, menandakan perlawanan bermula.

boling04

Selain perlawanan boling, pertandingan mewarna untuk anak-anak kakitangan turut diadakan selain sesi cabutan bertuah yang mewarnai kemeriahan aktiviti pada petang tersebut.

boling05

Keputusan perlawanan boling kategori individu adalah seperti berikut:

  1. En. Khairul Nizam bin Bohari
  2. En. Mohd Fauat bin Sulaiman
  3. En. Wan Bennyamin bin Rosli

Written by : afif