Tapak Geowarisan Debu Volkanik Tarikan Baharu Pelancongan Kedah

debu a

KUALA NERANG, 25 Mei 2015 - Pelancaran Tapak Geowarisan Debu Volkanik di Kampung Nyior, Padang Sanai di sini dijangka menjadi tarikan baharu pelancong untuk datang ke negeri Kedah.

Hal ini dinyatakan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Dato' Haji Badrol Hisham bin Hashim ketika menyampaikan ucapan perasmian tapak berkenaan.

debu b

Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang juga melahirkan rasa takjub dan gembira kerana kawasan Kuala Nerang mempunyai kewujudan longgokan debu gunung berapi yang amat jarang ditemui di mana-mana tempat di Malaysia.

debu c

Turut sama dalam majlis pelancaran tersebut ialah Ketua Pengarah JMG Malaysia, Dato' Haji Yunus bin Abdul Razak dan Pengarah JMGKPP, Tuan Haji Zainol bin Husin, BCK.

Majlis dihadiri oleh penduduk kampung dan pelajar-pelajar sekolah berhampiran.

 

Written by : afif