Majlis APC 2014 JMGKPP Meriah

apckpp

ALOR SETAR, 4 Jun 2015 - Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014 Peringkat JMGKPP telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah JMG, Dato' Haji Yunus Bin Abdul Razak.

Penyampaian APC kali ini disampaikan kepada 4 orang kakitangan JMGKPP yang telah menunjukkan perkhidmatan yang cemerlang sepanjang tahun 2014.

Mereka ialah En. Badrol bin Mohamad (Pegawai Geosains C44), En. Azihan bin Mat Arshad, Pegawai Geosains C41), En. Iskandar Shah Win bin Abdullah (Pembantu Tadbir (P/O) N17) dan En. Mohamad Hasmuni bin Haji Md Sukor (Pegawai Khidmat Pelanggan N17).

Turut sama hadir memeriahkan majlis ialah Tuan Haji Abdul Rahman bin Yusof, Pengarah Bahagian Pengurusan Maklumat JMG Ibu Pejabat dan Tuan Haji Zulkiflee bin Che Soh, Ketua Penolong Pengarah (GIS), JMG Ibu Pejabat.

Selain penyampaian sijil penghargaan, hadirin ditayangkan dengan persembahan multimedia berupa sorotan peristiwa JMGKPP sepanjang tahun 2014, pencapaian inovasi dan kajian penemuan debu gunung berapi di Padang Sanai oleh kakitangan JMGKPP.

Written by : afif