LATIHAN PENGGERUDIAN AIR BAWAH TANAH

LATIHAN PENGGERUDIAN AIR BAWAH TANAH

ALOR SETAR, KEDAH (05 MAC 2019) : Jabatan Mineral Dan Geosains Kedah/Perlis/Pulau Pinang dengan kerjasama Unit Geosains (Hidrogeologi) telah menganjurkan satu latihan penggerudian air bawah tanah secara jetting di Pulau Songsong, Yan, Kedah.

Pulau Songsong adalah salah satu daripada 4 buah pulau yang terdapat di Daerah Yan. Oleh kerana kedudukannya adalah yang paling hampir dengan Jeti Sungai Udang yang menjadi pintu keluar masuk ke pulau tersebut dan pulau-pulau sekitarnya, maka Pulau Songsong seringkali dijadikan sebagai destinasi utama perkelahan. 

Oleh kerana jumlah pelancong yang semakin ramai dan sumber air tawar yang amat terhad, maka JMGKPP melalui Unit Geosains telah mengambil inisiatif bagi membuat satu telaga tiub bagi kegunaan orang ramai. 

Latihan tersebut dibahagikan kepada dua (2) sesi yang mana sesi pertama telah dibuat pada 20 Februari 2019 dan sesi kedua dibuat pada 24 februari 2019 dan telah disertai oleh seramai 19 orang kakitangan JMGKPP. Tujuan utama latihan penggerudian ini dibuat adalah bagi memberi pendedahan kepada kakitangan JMGKPP bagaimana suatu telaga tiub digali.

DSC 7814DSC 7814DSC 7814DSC 7814DSC 7814DSC 7814DSC 7814DSC 7814DSC 7814

Written by : Wan Bennyamin