ALOR SETAR, KEDAH (05 FEBRUARI 2019) : Jabatan Mineral Dan Geosains Kedah/Perlis/Pulau Pinang telah menganjurkan satu siri lawatan kerja dan dialog Geopark Jerai ke Geopark Lembah Kinta di Ipoh, Perak pada 27.02.2019 sehingga 28.02.2019.
Selain kakitangan JMGKPP, lawatan tersebut turut disertai oleh komuniti Geopark Jerai, wakil Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri Kedah (BPEN), wakil Unit Perancang Ekonomi Negeri perlis (UPEN), wakil Jabatan Perbendaharaan Perlis, pemandu pelancong serta wakil komuniti Baling.
Agenda pertama lawatan kerja adalah perbincangan bersama antara komuniti Geopark Jerai bersama Tuan Mohamed Shah Redza Bin Hussien, Pengurus Besar Taman Negeri Perak tentang bagaimana beliau mengurus Geopark Lembah Kinta secara lebih sistematik dan teratur serta bagaimana cara untuk mempromosi Geopark Lembah Kinta agar lebih dikenali. Setelah perbincangan selesai semua peserta Geopark Jerai dibawa melawat Muzium Geologi di JMG Perak serta lawatan ke Kampung Kacang Puteh, Buntong, Ipoh untuk melihat bagaimana komuniti kampung tersebut mengusahakan perniagaan menjual kacang.
Pada hari kedua semua peserta dibawa melawat dan menjelajah Gua Tempurung bagi melihat sendiri keindahan dan keunikan gua tersebut dan lawatan ke Taman Rekreasi Gunung Lang.