KURSUS FOTOGRAFI JERAI GEOPARK

KURSUS FOTOGRAFI JERAI GEOPARK

ALOR SETAR, KEDAH (24 MAC 2019) : Kelab Kakitangan Jabatan Mineral Dan Geosains Kedah/Perlis/Pulau Pinang (K-GEO) melalui Biro HELWA telah mengadakan satu kursus fotografi pada 19-21 Mac 2019 bertempat di Jerai Hill Resort, Gunung Jerai, Yan, Kedah.

Seramai 13 orang peserta yang menghadiri kursus tersebut yang terdiri daripada 11 kakitangan JMGKPP dan 2 orang peserta luar. Kursus tersebut dikelolakan oleh pakar fotografi Encik Haidar Bin Abu Bakar dan Encik Abbas Hassan dari Akademi Fotografi Profesional yang berpusat di Kuala Lumpur. 

Antara perkara-perkara yang dipelajari sepanjang kursus berlangsung adalah mengenai pengenalan kepada kamera DSLR dan fungsi setiap butang dan tombol yang ada pada kamera DSLR, teknik pencahayaan serta bagaimana untuk mengambil gambar berkumpulan untuk jabatan, teknik serta susun atur yang betul.

Tujuan utama kursus tersebut dijalankan adalah bagi meningkatkan kemahiran para peserta untuk mengambil gambar secara kreatif terutamanya bagi tujuan promosi untuk produk-produk jabatan.

Written by : Wan Bennyamin