JMG KENALPASTI PUNCA TANAH MENDAP DI CHUPING

JMG KENALPASTI PUNCA TANAH MENDAP DI CHUPING

CHUPING, 25 APRIL 2021 (AHAD) - JMG Kedah / Perlis / Pulau Pinang telah mengadakan lawatan ke Taman Mawar di Chuping, Perlis bagi meninjau lokasi kajian menegenalpasti kejadian tanah mendap yang sering berlaku sejak sekian lama.

JMGKPP yang diwakili oleh En. Wan Salmi bin Hj. Wan Harun, Penolong Pengarah Kanan (Geologi Kejuruteraan) turut disertai para pegawai dan kakitangan dari Unit Geofizik, Bahagian Perkhidmatan Teknikal (BPT) Ipoh.

Kaedah geofizik secara mikrograviti dirancang untuk dilakukan oleh BPT dalam masa terdekat.

Turut sama dalam sesi tinjauan tersebut ialah penduduk sekitar yang mengharapkan adanya penyelesaian kepada masalah tanah mendap yang telah dihadapi.

Written by : afif