TAKLIMAT ANCAMAN GEOLOGI DI SEKOLAH KEBANGSAAN CHUPING

TAKLIMAT ANCAMAN GEOLOGI DI SEKOLAH KEBANGSAAN CHUPING

CHUPING, 29 APRIL 2021 (KHAMIS): JMG Kedah / Perlis / Pulau Pinang telah dijemput memberikan taklimat ancaman geologi di SK Chuping dalam Majlis Berbuka Puasa anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Perlis.

Antara yang hadir dalam majlis itu ialah ExcoΒ merangkap ADUN Chuping, YB Puan Asmaiza bt Ahmad, pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Perlis dan para ibu bapa serta waris SK Chuping.

Taklimat disampaikan oleh En. Wan Salmi bin Hj. Wan Harun, Penolong Pengarah Kanan (Geologi Kejuruteraan). Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengarah JMGKPP, En. Abdullah Bin Hj. Sulaiman.

Antara objektif utama majlis itu diadakan ialah untuk memberi pendedahan dan gambaran kepada para waris berkenaan punca kepada kejadian mendapan tanah yang berlaku di sekolah tersebut.

Written by : afif