MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGKPP BIL.5/2021

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGKPP BIL.5/2021

ALOR SETAR, 31 MEI 2021 (Isnin): JMG Kedah / Perlis / P.Pinang (JMGKPP) buat julung-julung kalinya telah mengadakan Perhimpunan Bulanan secara maya, pagi tadi.

Perhimpunan kali ke-5 2021 ini dihadiri semua kakitangan yang hadir dari stesen bekerja masing-masing.

Dalam majlis tersebut, Pengarah JMGKPP, Tuan Abdullah Bin Hj. Sulaiman mengingatkan para pegawai dan kakitangan agar patuh dengan arahan semasa berkaitan Bekerja Dari Rumah sepanjang tempoh PKPD dan PKPD Diperketatkan tanpa mengabaikan aspek penyampaian perkhidmatan kepada pemegang taruh dan masyarakat.

Turut diadakan dalam majlis tersebut ialah pelancaran Tabung Palestin peringkat JMGKPP sebagai tanda kebersamaan dan ingatan warga JMGKPP kepada nasib umat Islam di sana.

Written by : afif