K-GEO KUMPUL RM 1,300 BANTU KAKITANGAN TERLIBAT COVID-19

K-GEO KUMPUL RM 1,300 BANTU KAKITANGAN TERLIBAT COVID-19

ALOR SETAR, 27 JUN 2021 (Ahad) - Kelab Kebajikan Kakitangan JMG Kedah / Perlis / P.Pinang (K-GEO) berjaya mengumpul sumbangan bernilai RM 1,300 bagi membantu meringankan beban salah seorang kakitangan sekeluarga yang ditimpa musibah Covid-19.

Sumbangan tersebut berjaya dikumpulkan selama 2 hari sejak tabung dilancarkan pada Jumaat yang lalu. Selain daripada kakitangan JMGKPP, sumbangan turut diterima daripada pesara-pesara JMGKPP dan bekas pegawai-pegawai JMGKPP yang telah bertukar pejabat.

Sebahagian sumbangan ditukarkan dalam bentuk keperluan makanan asas. Sumbangan diserahkan sendiri oleh Timbalan Pengerusi K-GEO, En. Fakhruddin Afif dan AJK K-GEO, En. Mohamad Faiz mewakili K-GEO kepada kakitangan yang terbabit.

K-GEO mengucapkan terima kasih kepada para penyumbang dan didoakan agar kakitangan yang ditimpa musibah Covid-19 diberi kesembuhan.

Written by : afif