PASUKAN TASK FORCE BENCANA JMGKPP DIKERAH SIASAT ALIRAN PUING DI GUNUNG JERAI

PASUKAN TASK FORCE BENCANA JMGKPP DIKERAH SIASAT ALIRAN PUING DI GUNUNG JERAI

19 OGOS 2021 (Khamis) - Pasukan Task Force Bencana JMG Kedah / Perlis / Pulau Pinang telah dikerahkan ke Gunung Jerai bagi menyiasat keadaan semasa dan punca-punca kejadian aliran puing.

Kejadian aliran puing yang diistilahkan sebagai kepala air oleh penduduk tempatan dilaporkan berlaku kira-kira jam 3.00 petang hari sebelumnya akibat hujan lebat luar biasa yang direkodkan oleh Stesen Hujan Gunung Jerai. Kejadian tersebut menyebabkan aliran air sungai yang sangat besar dan deras di Sg. Perigi, Titi Hayun dan Sg. Batu Hampar di daerah Yan yang turut membawa lumpur, sisa pokok dan bongkah-bongkah batuan sekaligus merosakkan sebahagian besar pusat-puat peranginan, rumah penduduk dan infrastruktur awam yang terdepat di sepanjang hilir sungai.

Selain daerah Yan, kejadian yang sama juga berlaku di Tupah, daerah Kuala Muda sehingga mengakibatkan kerosakan pada jambatan, kediaman penduduk dan Pusat Latihan Polis berhampiran. Kejadian runtuhan cerun jalan menuju puncak Jerai juga turut berlaku.

Pasukan Task Force Bencana JMGKPP yang diketuai P.Geol. Azizan bin Ali, Timbalan Pengarah (Geosains) JMGKPP dibahagikan kepada 4 kumpulan bagi menyiasat 3 kawasan bencanaΒ iaitu sekitar Sg. Perigi - Titi Hayun - Sg. Batu Hampar, Tupah, Sg. Badak, Sg. Kunyit, jalan ke puncak gunung serta keadaan geotapak-geotapak yang terkesan. Turut disiasat ialah kemungkinan kuari dan lombong besi yang mungkin menjadi puncak kepada bencana, impak keluasan kawasan bencana dan kesan-kesan tanah runtuh di sekeliling Gunung Jerai serta taburan dan jenis aliran puing yang memenuhi sepanjang sungai.Β 

Tuan Pengarah JMGKKP, P.Geol. Abdullah bin Hj. Sulaiman dan Ketua Cawangan Kepakaran Geologi Kejuruteraan, P.Geol. Dr. Ferdaus Ahmad juga turun padang bagi meninjau dan membantu Pasukan Task Force.

Pasukan Task Force Bencana JMGKPP yang bertugas di lapangan sehingga 28 Ogos 2021 turut mendapat bantuan daripada PDRM, JUPEM dan JPBM khususnya bagi mendapatkan maklumat ortofoto dan foto udara daripada UAV.

Written by : afif