LAWATAN KERJA MENTERI KeTSA KE LOKASI KEJADIAN BENCANA GEOLOGI GUNUNG JERAI

LAWATAN KERJA MENTERI KeTSA KE LOKASI KEJADIAN BENCANA GEOLOGI GUNUNG JERAI

YAN, 4 September 2021 (Sabtu) - JMG Kedah/Perlis/Pulau Pinang (JMGKPP) telah diamanahkan untuk menguruskan Majlis lawatan Kerja Yang Berhormat Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Menteri Tenaga dan Sumber Asli ke Lokasi Kejadian Bencana Geologi Gunung Jerai di Gurun dan Yan, hari ini.

Majlis tersebut dimulakan dengan sesi melawat runtuhan cerun jalan menuju puncak Gunung Jerai dan pengenalan ringkas mengenai Geopark Jerai yang diiringi Ketua Pengarah JMG, Tuan Haji Hisamuddin bin Termidi dan Timbalan Ketua Pengarah (Korporat dan Ekonomi Mineral), Encik Zamri Ramli. Sesi penerangan kepada Yang Berhormat Menteri itu disampaikan oleh Pengarah JMGKPP, En. Abdullah Bin Hj. Sulaiman dan Ketua Cawangan Kepakaran Geologi Kejuruteraan JMG, Dr. Ferdaus Ahmad.

Selain Yang Berhomat Menteri, turut sama dalam sesi lawatan itu ialah Timbalan Menteri Sumber Manusia merangkap Ahli Parlimen Pendang, YB Datuk Haji Awang Hashim, Ahli Parlimen Jerai, YB Tuan Sabri Azit, Pengurus Besar TNB, Ir. Baharin Din, Pengarah JUPEM Kedah dan wakil-wakil jabatan yang lain.

Majlis kemudian diteruskan dengan sesi taklimat berkaitan Kejadian Bencana Geologi Tanah Runtuh dan Aliran Puing Gunung Jerai kepada Yang Berhomat Datuk Seri Takiyuddin Hassan oleh Pengarah JMGKPP. Usai sesi taklimat dan majlis di dalam dewan, Yang Berhormat Menteri dan tetamu jemputan dibawa melawat kesan aliran puing yang masih kelihatan di Pusat Rekreasi Titi Hayun dan Pusat Rekreasi Batu Hampar.

JMG mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhomat Datuk Seri Takiyuddin Hassan, pegawai-pegawai daripada Pejabat Menteri dan KeTSA, ahli-ahli Parlimen dan ADUN yang sudi mengadakan lawatan kerja dan mendengar taklimat berkaitan bencana geologi di Gunung Jerai.

Written by : afif