PROGRAM PENILAIAN SEMULA GEOPARK JERAI FASA 2

PROGRAM PENILAIAN SEMULA GEOPARK JERAI FASA 2

YAN, 3 November 2021 - Program Penilaian Semula Jerai Geopark telah pun dilaksanakan sepanjang hari ini bagi mengekalkan status Jerai Geopark sebagai geopark kebangsaan.

Program penilaian semula ini ialah pertama kali diadakan semenjak Jerai Geopark dimasyhurkan sebagai geopark kebangsaan 4 tahun lalu.

JMG Kedah / Perlis / Pulau Pinang telah giat menambah baik geotapak-geotapak sedia ada bersama-sama komuniti Jerai Geopark yang turut menggembleng tenaga memandangkan pengiktirafan sebagai geopark kebangsaan merupakan aset dan penyumbang ekonomi kepada masyarakat sekitar, khususnya dalam aspek geopelancongan dan geobudaya.

Written by : afif