MAJLIS PENYERAHAN PETA RISIKO BAHAYA DAN PETA RISIKO CERUN GUNUNG JERAI

MAJLIS PENYERAHAN PETA RISIKO BAHAYA DAN PETA RISIKO CERUN GUNUNG JERAI

YAN, 24 November 2021 - Satu Majlis Penyerahan Peta Risiko Bahaya dan Peta Risiko Cerun Jalan ke Puncak Gunung Jerai telah diadakan di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Yan, hari ini.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Kedah / Perlis / Pulau Pinang diwakili Tuan Pengarah, Encik Abdullah bin Hj. Sulaiman dan diterima oleh Pegawai Daerah Yan, Yang Mulia Tunku Iskandar Shah Bin Tunku Muzaffar Shah, dan Jurutera Daerah Yan, Ir. Sharudin Bin Halim.

Turut serta dalam majlis tersebut ialah Pengarah Perancangan dan Pelaksanaan Operasi, JMG Ibu Pejabat, Tuan Haji Nizarul Ikram bin Abdul Rahim.

Written by : afif