Geopark Jerai terima Sijil Perakuan Geopark Kebangsaan

Geopark Jerai terima Sijil Perakuan Geopark Kebangsaan

PUTRAJAYA, 8 Disember 2017 - Negeri Kedah Darulaman cukup bertuah kerana ia satu-satunya negeri yang mempunyai 2 geopark, iaitu Langkawi dan Jerai.

Geopark Jerai telah diperakukan sebagai Geopark Kebangsaan pertama manakala Geopark Langkawi telah sedia maklum merupakan satu-satunya geopark antarabangsa UNESCO di Malaysia.

Majlis penyampaian sijil perakuan Geopark Jerai sebagai Geopark Kebangsaan telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Bahagian Pengurusan Sumber Asli), YBhg. Dato' Haji Suhaimi bin Haji Mamat kepada Puan Sunita Bt Abdul Aziz, Timbalan Pengarah (Pengurusan Sektoral), Bahagian Perancangan Ekonomi (BPEN) Kedah.

SijilJeraiGP

Turut hadir menyaksikan penyerahan bersejarah di Wisma Sumber Asli itu ialah Ketua Pengarah JMG Malaysia, Tn. Hj. Shahar Effendi bin Abdullah Azizi, Setiausaha Bahagian (Mineral Dan Geosains) NRE, En. Abdul Aziz bin Mohd Johdi, Pengarah JMG Kedah / Perlis / Pulau Pinang, Tn. Hj. Azhari bin Ahmad diiringi Pegawai Geosains Kanan (Warisan Geologi), Pn. Nur Susila bt. Md. Saaid dan Prof. Emiretus Dato' Dr. Ibrahim bin Komoo. 

Written by : afif