JMG Kedah / Perlis / Pulau Pinang Ikrar Bebas Rasuah

JMG Kedah / Perlis / Pulau Pinang Ikrar Bebas Rasuah

ALOR SETAR, 28 Disember 2017 - Semua pegawai dan kakitangan Jabatan Mineral Dan Geosains Kedah / Perlis / Pulau Pinang hari ini melafazkan ikrar bebas rasuah sebagai tanda pejabat negeri ini menolak amalan berkaitan rasuah.

Lafaz ikrar itu diketuai oleh Pengarah JMGKPP, Tuan haji Azhari bin Ahmad, AMP dan disaksikan oleh Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah, Datuk Mohd Fauzi Mohamad.

WhatsApp Image 2017-12-28 at 10.47.21 AM

Dalam majlis yang sama, Datuk Mohd Fauzi dalam ucapannya berharap agar penjawat-penjawat awam khususnya kakitangan JMGKPP agar sentiasa komited dalam membudayakan amalan berintegriti sama ada kepada pelanggan, rakan sejawat atau sesiapa sahaja dalam berurusan.

WhatsApp Image 2017-12-28 at 10.47.23 AM

 

Written by : afif