JMG Rai Penerima-Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013

APC Persidangan Langkawi 1

LANGKAWI, 17 Jun 2014 - JMG Malaysia hari ini telah meraikan penerima-penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2013 dalam satu majlis penuh gilang-gemilang.

Majlis yang diadakan di Aseania Resort & Spa, Pantai Chenang ini disempurnakan perasmiannya oleh Yang Berhormat Haji Badrol Hisham bin Hashim, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah selaku wakil rasmi kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah Darul Aman.

Majlis Penyampaian APC 2013 JMG Malaysia kali ini dikelolakan oleh JMG Kedah/Perlis/Pulau Pinang.

APC Persidangan Langkawi 9

Selain penyampaian sijil pengiktirafan dan penghargaan kepada barisan penerima APC 2013 oleh Yang Berhormat Haji Badrol Hisham, majlis turut diserikan dengan persembahan kebudayaan berupa Tarian Bunga Rampai dan Tarian Geopark oleh adik-adik dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Putra, Padang Matsirat. Sekolah berkenaan merupakan sekolah geopark pertama di Malaysia dan di dunia.

APC Persidangan Langkawi 8

Turut memeriahkan majlis ialah penganjuran makan malam istimewa untuk semua jemputan penerima APC 2013 dan Persidangan JMG 2014 yang diadakan di halaman rekreasi tepi kolam renang.

Hadirin disajikan dengan pelbagai acari hiburan oleh warga JMG dan persembahan kesenian daripada pihak hotel dan cabutan bertuah.

Turut mencuri perhatian hadirin ialah kuiz teka berat batuan debu volkanik Padang Sanai yang berusia 75,000 tahun dan teka bilangan kacang.

Written by : afif