Persidangan JMG 2014 Pertingkat Budaya Berkongsi Ilmu Dan Kepakaran

PersidanganJMG2014 04

LANGKAWI, 19 Julai 2014 - Persidangan JMG 2014 yang berlangsung di Aseania Resort & Spa di sini selama 3 hari menyaksikan penglibatan yang sangat menggalakkan daripada Kumpulan Pengurusan Dan profesional jabatan di seluruh tanah air.


Sesuai dengan tema "Geosains Untuk Semua", objektif penganjuran Persidangan JMG ini adalah untuk mengetengahkan hasil kajian saintifik berkaitan geosains, sumber mineral, aplikasi perlombongan dan pengkuarian yang telah dijalankan oleh para pegawai jabatan, selain memberi peluang kepada para pegawai berkongsi idea dan ilmu berkenaan geosains dan sumber mineral.

Daripada 49 kertas teknikal yang diterima, 30 daripadanya dibentangkan secara lisan manakala selebihnya dipersembahkan dalam bentuk poster.

PersidanganJMG2014 01

Turut diadakan ialah pembentangan 4 kertas ucaptama daripada pembentang luar yang berpengalaman dan berkepakaran tinggi.

Di akhir majlis, sebanyak 10 kertas teknikal terbaik telah dipilih berdasarkan pelbagai kriteria oleh jawatankuasa penilai yang telah dilantik.

PersidanganJMG2014 03

Kategori pembentangan poster:

  • Geochemical Partitioning Of Cu And Zn in Acid Mine Drainage–Impacted Sediments of Mamut River, Sabah - Pembentang: Morius Bantas
  • Progress Report on The Joint Mineral Exploration in The Kalimantan-Sarawak Border Area - Pembentang: Joanes Muda
  • The Assessment of Silica Rock Resources in Negeri Sembilan for Silicon-Based Industries - Pembentang: Rosni Lokmannul Hakim
  • Geological Correlation and Stratigraphic Classification of Pulau Sebatik - Pembentang: Richard Mani Banda
  • Potensi Bukit Tunku Lembu Dan Bukit Chondong, Beseri Sebagai Tapak Terpelihara Geoheritage Pertama Perlis: Pemacu Segala Kemungkinan - Pembentang: Nur Susila Md. Saaid

PersidanganJMG2014 02


Kategori pembentangan lisan:

  • Geological Correlation and Stratigraphic Nomenclature of Sintang-Silantek Area, Central West Borneo - Pembentang: Richard Mani Banda
  • Heavy Metals Distribution and Trend in The Surface Seabed Sediments of The Malaysia Offshore - Pembentang: Abdullah Sulaiman
  • Kajian Andalusit di Sungai Parang, Kemaman, Terengganu: Cirian, Penilaian dan Taburan Sumber - Pembentang: Abdul Hadi Abdul Rahman
  • Groundwater Quality of Monitoring Wells in Malaysia-Findings From Multivariate Statistical Analysis - Pembentang: Mohammed Hatta Abd Karim
  • Groundwater Investigation and Development at Tudan-Kuala Baram- Permyjaya, Miri, Sarawak -Pembentang: Roslan Rajali

Syabas dan tahniah diucapkan kepada para pembentang terbaik.

PersidanganJMG2014 05b

Written by : afif