JMGKPP BERI PENDEDAHAN BAHAYA GEOLOGI KAWASAN CHUPING

JMGKPP BERI PENDEDAHAN BAHAYA GEOLOGI KAWASAN CHUPING

CHUPING, 12 APRIL 2021 (ISNIN): Satu taklimat khas bertajuk "Status Keterancaman Geologi Sekolah Kebangsaan Chuping" telah diadakan atas inisiatif Jabatan Pendidikan Negeri Perlis.

Program yang diadakan di SMK Mata Ayer itu menampilkan Encik Wan Salmi Bin Hj Wan Harun, Penolong Pengarah Kanan (Geologi Kejuruteraan) sebagai penceramah jemputan.

Kira-kira 40 orang warga pendidik yang hadir diberi taklimat tentang geologi am di negeri Perlis, dan bahaya geologi yang berkaitan batu kapur yang terdapat di sekitar SK Chuping dan SMK Mata Ayer.

 

Written by : afif