MAJLIS PERPISAHAN ENCIK EDWIN JAMES

MAJLIS PERPISAHAN ENCIK EDWIN JAMES

ALOR SETAR, 5 APRIL 2021 (ISNIN): Warga JMGKPP hari ini berasa amat berdukacita atas perginya seorang pegawai yang cukup berdedikasi meninggalkan Jabatan dan perkhidmatan awam. Beliau yang dimaksudkan ialah Encik Edwin James, Pegawai Geosains daripada Unit Sumber Mineral.

Satu majlis perpisahan telah diadakan pada 28 Mac 2021 bagi mengenang jasa dan sumbangan beliau sepanjang berkhidmat di JMGKPP. Majlis tersebut diadakan bersekali dengan Perhimpunan Bulanan Jabatan bagi bulan Mac 2021.

Di akhir majlis, sesi gimik acara serah tugas daripada Encik Edwin James kepada Encik Fakhruddin Afif berlangsung sambil disaksikan oleh tuan pengarah JMGKPP, Encik Abdullah Bin Hj. Sulaiman dan Timbalan Pengarah Sumber Mineral, Tuan Haji Hamdan Bin Ariffin.

Kami di JMGKPP mengucapkan selamat maju jaya buat Encik Edwin James di tempat baru dan jangan lupakan kami di bumi Alor Setar.

Written by : afif