MAJLIS PERSARAAN ENCIK JOHARI BIN OMAR DAN ENCIK KHALID BIN MAT HASHIM

MAJLIS PERSARAAN ENCIK JOHARI BIN OMAR DAN ENCIK KHALID BIN MAT HASHIM

ALOR SETAR, 11 APRIL 2021 (AHAD): Satu majlis istimewa bersempena meraikan persaraan 2 orang Pembantu Geosains Kanan JMGKPP telah berlangsung di The Jerai Hotel, Bandar Alor Setar hari ini. Insan-insan yang diraikan ialah Encik Johari Bin Omar, P.J.B dan Encik Khalid Bin Mat Hashim.

Encik Johari telahpun bersara pada tanggal 3 April 2021 yang lalu setelah berkhidmat selama lebih 40 tahun sebagai penjawat awam, khasnya di Jabatan Penyiasatan Kajibumi dan JMG. Encik Khalid pula akan bersara wajib pada tanggal 3 Mac 2021 dan sedang menghabiskan baki cuti rehat.

Majlis diserikan dengan ucapan oleh Pengarah JMGKPP, Encik Abdullah bin Hj Sulaiman serta ucapan-ucapan perpisahan daripada kakitangan yang hadir.

Namun begitu, majlis ini agak kurang serinya kerana Encik Khalid tidak dapat hadir atas kembalinya bonda tercinta ke rahmatullah pada pagi hari yang sama. Pun begitu, staf-staf JMGKPP telah kesempatan menziarahi Encik Khalid di kampung beliau di Pokok Sena.

Warga JMGKPP mengucapkan selamat menikmati usia persaraan kepada Encik Johari dan Encik Khalid serta didoakan agar dikurniakan nikmat kesihatan yang baik.

Written by : afif