PROGRAM LAWATAN KERJA MENTERI KETSA KE JERAI GEOPARK

PROGRAM LAWATAN KERJA MENTERI KETSA KE JERAI GEOPARK

GURUN, 1 JANUARI 202I (JUMAAT) - Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Dato' Dr. Shamsul Anuar Bin Hj. Nasarah telah berbesar hati untuk mengadakan sesi lawatan kerja ke Jerai Geopark pada 27 Disember yang lalu.

Selain delegasi daripada Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KetSA), turut sama dalam sesi lawatan bersama menteri ialah Yang Berhormat Datuk Suraya Binti Yaacob, EXCO kerajaan Negeri Kedah dan Yang Berhormat Tuan Sabri Bin Azit, Ahli Parlimen Jerai.

Yang Berhormat Menteri berpeluang mendengar taklimat berkenaan Jerai Geopark oleh Pengarah JMG Kedah / Perlis / Pulau Pinang, Encik Abdullah Bin Hj. Sulaiman di Galeri Jerai Geopark dalam Muzium Wan Mat Saman sebelum dibawa menikmati pemandangan indah dari puncak gunung di perkarangan The Regency Jerai Hotel Resort.

Turut sama dalam sesi lawatan ini ialah Ketua Pengarah JMG, Datuk Shahar Effendi Bin Abdullah Azizi dan ketua-ketua jabatan dan agensi yang lain.

Dalam program lawatan itu juga, Dato' Dr. Shamsul Anuar dan dif-dif kerhormat berpeluang melawat Muzium Perhutanan Negeri Kedah yang terdapat di Gunung Jerai.

Dalam sesi lawatan itu juga,Β beliauΒ berbesar hati mengumumkan peruntukan RM 500,000 bagi menaiktaraf Galeri Jerai Geopark dan RM 500,000 lagi bagi tujuan menaiktaraf Muzium Perhutanan Negeri Kedah.

Selain lawatan di sekitar Gunung Jerai, Yang Berhormat Menteri berpeluang melihat keunikan batu-batu permata di Puncak Permata Rezeki di Gurun. Antara yang dipamer dan dijual ialah turmalin dan garnet dari Jerai serta banyak lagi permata dari seluruh pelusuk dunia yang telah dicanai dan digilap.

Written by : afif