KURSUS KESEDARAN DAN PEMAHAMAN ISO 9001:2015

KURSUS KESEDARAN DAN PEMAHAMAN ISO 9001:2015

SUNGAI PETANI, KEDAH - 30 MAC 2018 (JUMAAT) : Satu Kursus Kesedaran Dan Pemahaman ISO 9001:2015 telah diadakan di Cinta Sayang Resort, Sungai Petani, Kedah yang telah dihadiri oleh pegawai-pegawai Jabatan Mineral Dan Geosains Kedah/Perlis/Pulau Pinang seramai 26 orang yang berlangsung selama tiga hari bermula 30 Mac 2018 sehingga 01 April 2018.

Kursus tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah JMG KPP sendiri iaitu Tuan Haji Azhari Bin Ahmad. Matlamat utama kursus tersebut diadakan adalah bagi memberi kesedaran terhadap kepentingan dan keperluan ISO dalam memantapkan lagi pengurusan jabatan.

IMG-20180405-WA0027IMG-20180405-WA0045IMG-20180405-WA0047

Written by : Wan Bennyamin