Sultan Kedah terima cenderamata daripada JMG Malaysia

Sultan Kedah terima cenderamata daripada JMG Malaysia

ALOR SETAR, 28 Februari 2018 - Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan menerima cenderamata JMG Malaysia atas kesudian baginda mencemar duli melawat Ekspo Muafakat Kedah 2018 di sini.

Cenderamata itu disampaikan sendiri oleh Ketua Pengarah JMG Malaysia, Datuk Shahar Effendi bin Abdullah Azizi dan disaksikan oleh Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff, Menteri Besar Kedah, Dato' Sri Diraja Mohd bashah bin Md Hanipah dan Exco-Exco Kerajaan Negeri.

DSC 1916

Terdahulu, Datuk Shahar menerima cenderamata daripada JMG KPP atas kesudian beliau melawat Booth Pameran Geopark Jerai dalam Ekspo Muafakat Kedah itu.

Written by : afif