The 3rd International Workshop On CCOP-Geoinformation Sharing Infrastructure for East and South Asia (GSi) Project

The 3rd International Workshop On CCOP-Geoinformation Sharing Infrastructure for East and South Asia (GSi) Project

LANGKAWI, KEDAH:  Satu bengkel telah diadakan antara Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia (JMG) dengan Coordinating Committee For Geoscience Programmes In East and Southeast Asia (CCOP) pada 17-21 September 2018 di Aseania Resort & Spa, Pulau Langkawi, Kedah.

Tujuan utama bengkel diadakan adalah untuk berkongsi maklumat dan kepakaran antara negara maju dan negara-negara ahli CCOP dalam bidang pembangunan sistem perkongsian data geoinformasi mengikut piawaian antarabangsa.

Baca selanjutnya

SEMINAR ON QUARRY OPERATIONAL SAFETY & ENVIRONMENTAL CONTROL MEASURES

GEORGETOWN, PULAU PINANG: Satu seminar berkaitan kuari telah diadakan di Evergreen Laurel Hotel pada 28 Ogos 2018. Seminar tersebut dianjurkan oleh Penang Quarry Association  (PQA) dengan kerjasama Jabatan Mineral Dan Geosains Kedah/ Perlis/ Pulau Pinang dan Pejabat Tanah Dan Galian Pulau Pinang (PTG).

Seminar tersebut dihadiri oleh wakil-wakil kuari, pegawai-pegawai jabatan yang berkaitan dan orang perseorangan yang terlibat dalam industri pengkuarian. Tujuan utama seminar tersebut diadakan adalah untuk membincangkan tentang isu keselamatan operasi kuari dan persekitaran dan usaha bagaimana untuk mengawal dan mengurus sesebuah kuari agar tidak memganggu persekitaran.

Baca selanjutnya

UJIAN PEPERIKSAAN PEMBEDIL (AMALI) BIL. 1/2018

UJIAN PEPERIKSAAN PEMBEDIL (AMALI) BIL. 1/2018

ALOR SETAR, KEDAH:  Seramai 6 orang calon telah menduduki Ujian Peperiksaan Pembedil (Amali) Bil. 1/2018 yang berlangsung selama 3 hari bermula dari 30 Julai - 01 Ogos 2018. 3 orang pegawai dari JMG KPP dan 2 pegawai PDRM bertindak sebagai panel penilai bagi ujian tersebut.

Ujian bermula di pejabat JMG KPP di mana setiap calon diminta untuk memberi taklimat berkaitan rekabentuk peletupan yang akan digunakan ditapak peletupan. Seterusnya, pada hari kedua dan ketiga ujian dibuat di kuari BDB Infra di Pendang, Kedah. Setiap calon dikehendaki untuk mengisi sendiri setiap lubang letupan sehingga selesai. 

Baca selanjutnya

Majlis Berbuka Puasa Anjuaran Kelab K-Geo

Majlis Berbuka Puasa Anjuaran Kelab K-Geo

Alor Setar, Kedah (16 Jun 2018): Satu majlis berbuka puasa anjuran kelab K-Geo telah diadakan pada 30 Mei 2018 bertempat di restoran Puji Arabian Delight, Alor Setar.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh pengarah JMG KPP, pegawai-pegawai dan kakitangan JMG KPP. Dengan adanya program seperti ini, jalinan ukhwah sesama kakitangan dapat dieratkan lagi dan diharap program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Baca selanjutnya