Alor Setar, Kedah (05 Mei 2018): Majlis Perasmian Dan Penyerahan Telaga Tiub Air Tanah & Penyampian Bantuan Awal Persekolahan Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah, Kuala Nerang, Kedah telah diadakan pada 22 April 2018 dan telah disempurnakan oleh Pengarah Kanan Bahagian Perkhidmatan Teknikal (BPT), Dato Haji Mohd Zaim Bin Dato Haji Abdul Wahab.
PERASMIAN DAN PENYERAHAN TELAGA TIUB AIR BAWAH TANAH SEKOLAH MENENGAH AGAMA AL-KHAIRIAH, KUALA NERANG, KEDAH
Alor Setar, Kedah (05 Mei 2018): Majlis Perasmian Dan Penyerahan Telaga Tiub Air Bawah Tanah & Penyampian Bantuan Awal Persekolahan Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah, Kuala Nerang, Kedah telah diadakan pada 22 April 2018 dan telah disempurnakan oleh Pengarah Kanan Bahagian Perkhidmatan Teknikal (BPT), Dato Haji Mohd Zaim Bin Dato Haji Abdul Wahab.
Turut serta menghadiri majlis adalah Pegawai Daerah Padang Terap, Tuan Haji Fathullah Suhaimi Bin Haji Ismail, Pengetua SMA Al-Khairiah, Puan Hajah Zaleha Binti Haji ibrahim, Pegawai Khas Menteri Pendidikan, Encik Faizal Bin Abdul Aziz, pegawai-pegawai JMG KPP dan wakil-wakil dari jabatan kerajaan lain.
Mesyuarat Jawatankuasa Geopark Kebangsaan Bil. 1/2018
Alor Setar, 24 April 2018: Mesyuarat Jawatankuasa Geopark Kebangsaan Bil. 1/2018 telah di adakan di Hotel Bayview Langkawi pada 11 April 2018. Mesyuarat dihadiri oleh seramai 52 orang wakil dari JMG Malaysia, BMG dan wakil-wakil kerajaan negeri yang terlibat dengan projek geopark. Mesyuarat tersebut diadakan bertujuan untuk mengetahui perkembangan lanjut mengenai geopark sebagai rangka utama dalam persediaan Rancangan malaysia Ke-11 (RMK-11).
Program Santai Bersama Komuniti Langkawi UNESCO Global Geopark
Alor Setar, 22 April 2018: Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar, Dato Sri Azizan Bin Ahmad telah meluangkan masa untuk menghadiri program santai bersama komuniti Langkawi UNESCO Global Geopark pada 9 April 2018 di Restoran Laman Padi, Langkawi.
KURSUS KESEDARAN DAN PEMAHAMAN ISO 9001:2015
SUNGAI PETANI, KEDAH - 30 MAC 2018 (JUMAAT) : Satu Kursus Kesedaran Dan Pemahaman ISO 9001:2015 telah diadakan di Cinta Sayang Resort, Sungai Petani, Kedah yang telah dihadiri oleh pegawai-pegawai Jabatan Mineral Dan Geosains Kedah/Perlis/Pulau Pinang seramai 26 orang yang berlangsung selama tiga hari bermula 30 Mac 2018 sehingga 01 April 2018.